PERMASALAHAN JEREBU DAN RISIKO KESIHATAN

Bahaya & Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan

Jerebu terutamanya yang berada pada bacaan yang Tidak Sihat boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Selalunya ia akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata dan tekak serta kulit, pening kepala dan mudah terhidrasi.
Selain daripada itu, jerebu turut menambahkan kesan atau memburukkan keadaan penyakit sedia ada seperti:-
  1. Penyakit salur pernafasan kronik
  2. Asma
  3. Radang paru-paru
  4. Sakit jantung
  5. Sakit tekak
  6. Sakit mata
  7. Batuk
  8. Selsema
Jadual 1
Tindakan Yang Perlu Diambil Bagi Menghadapi Jerebu

  • Ketahui tahap ketinggian pencemaran udara semasa melalui media massa serta sentiasa mengikuti perkembangan bacaan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. 

  • Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) / Air Pollution Index (API), anda boleh layari http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php atau pautan di laman web Pusat Kesihatan UiTM http://pusatkesihatan.uitm.edu.my/v1/

  • Kurangkan aktiviti di luar rumah dan luar pejabat. 

  • Jangan merokok. 

  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. 

  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar. 

  • Dapatkan nasihat pegawai perubatan dengan segera sekiranya menpunyai tanda-tanda kesan akibat jerebu seperti kesukaran untuk bernafas, serangan jantung, gatal–gatal pada tekak atau mata, jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan serta gatal–gatal pada kulit. 

  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat. 

  • Pastikan persekitaran dalam rumah dan tempat kerja adalah bersih.
  • Sekiranya anda tergolong dalam kategori berisiko tinggi (pesakit asma, penyakit jantung, warga tua, penyakit alahan/alergi yang teruk), anda dinasihatkan supaya mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup, mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan serta berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk. 

Comments

Popular Posts