Projek Pengambilan Stok 2011

Bermula pada 26 Julai 2011 (Selasa) jam 10.00 pagi, staf PTAR 3 bekerjasama memulakan projek pengambilan stok di Aras 6 dan diikuti Aras 5 dan Aras 4.




Projek tersebut dimulakan dengan menyediakan peralatan yang penting seperti berikut:

1 - Laptop
2 - Pengimbas kod
3 - Cop ST 2011 
4 - Pelekat warna
5 - Troli. 

Sebelum projek dijalankan, maklumat seperti Carta Alir Proses Pengambilan Stok dilihat dan difahami terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran projek berjalan tanpa sebarang masalah.

Maklumat bahan bermasalah akan dikenalpasti menggunakan senarai semak masalah:

  •   Salah lokasi
  •   No. aksesen tidak sama
  •   Buku rosak
  •   Spine label salah
  •   Call no. salah
  •   Kod jalur salah
  •   Kod jalur tidak boleh dibaca 
  •   Control no. salah
  •   Judul bahan tidak sama dengan sistem
  •   Status bahan salah
  •   Item category salah
  •   Buku tiada rekod
  •   Buku tiada harga 

Data dan maklumat akan dikumpul untuk tindakan penganalisaan dan dokumentasi. 


Selesai semakan terhadap buku tersebut, akhir sekali proses mengecop dan melekat bahan menggunakan pelekat berwarna dilakukan bagi menentukan bahan tersebut sudah melepasi proses semakan. 



Sejurus selesai, proses penyusunan semula bahan di rak dilakukan.. -)



Comments

Popular Posts