Majlis Bacaan Yasin

Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarrak tidak lama lagi, PTAR 3 telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin pada 22hb. Julai 2011 (Jumaat) bertempat di Ruang Santai PTAR 3.


Selain daripada staf PTAR 3 yang terlibat, 2 orang pelajar SKP juga turut serta bersama-sama membaca yasin beramai-ramai.

Majlis bermula pada jam seawal 7.50 pagi memandangkan Program Sihat & Cergas juga akan diadakan pada jam 8.15 pagi.



Selain itu, Majlis ini juga bertujuan untuk mendoakan kesihatan isteri kepada En. Katmidi Mejo dan juga ibu kepada staf PTAR 3 iaitu Cik Fadzilah Mohd Ali. Staf PTAR 3 mendoakan agar isteri En. Katmidi dan ibu Cik Fadzilah akan sembuh seperti sediakala. Aminnn..~

Selesai Majlis Bacaan Yasin, sedikit jamuan pagi yang di sponsor oleh En. Katmidi Mejo. Terima Kasih Daun Keladi =)

Comments

Popular Posts