Latihan Pelajar Praktikal

Selamat Hari Jumaat semua :)

Pada pagi ini,  PTAR 3 telah mendapat kunjungan daripada pelajar latihan praktikal UiTM seramai 6 orang pelajar iaitu :

1. Nurul Izzati Mohd Noor
2. Muhammad Syafiq Mohd Bakri
3. Nur Nazurah Shaharuddin
4. Siti Nasirah Abdul Malek
5. Nur Faseha Mohd Kadim
6. Anis Aziyah Azhar

Sebelum memulakan taklimat perpustakaan, kami berkesempatan mengajak pelajar-pelajar ini bersama kami membuat tazkirah pagi di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini dan menyambut 1 Rejab 1432H.

Sesi tazkirah pada pagi ini bertajuk "Kelebihan Bulan Rejab" yang disampaikan oleh En. Malek Samirin dan diakhiri oleh bacaan doa sebelum memulakan tugas oleh En. Katmidi Mejo.

Setelah selesai, Pn. Adlina memberikan taklimat ringkas mengenai PTAR 3 dan projek yang perlu dilakukan dalam masa satu hari ini. Antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh pelajar praktikal ialah membuat alternatif promosi PTAR 3.



Setelah taklimat dijalankan, kami mengajak pelajar untuk makan pagi bersama di Kafe Aras 4 dan seterusnya membuat lawatan di setiap Aras PTAR 3 dan Annexe di Aras 6.

Sejurus selesai lawatan, pelajar ditugaskan membuat projek promosi PTAR 3 bertempat di Pusat IT.

Comments

Popular Posts