Gotong-Royong 5S PTAR 3 bil.01/2011

Setelah perancangan dalam Minit Mesyuarat Bil.01/2011 dibuat, maka projek Gotong-royong buat pertama kali pada tahun ini telah berjaya dijalankan pada 8 Jun 2011 (Rabu) jam 9.00 pagi.

Perbincangan ringkas mengenai persediaan gotong royong melibatkan 3 kumpulan kecil dibuat iaitu seperti di bawah :

1. Kumpulan 1 (Pn. Adlina, Cik Fyza & Cik Azie)
- Membuat pembersihan kawasan

2. Kumpulan 2 (Cik Nadiah, En. Ameeruddin & En. Zaini)
- Membuat penukaran tempat di kawasan kaunter

3. Kumpulan 3 (En. Shariman, En. Umar, En. Kat & En. Zainal)
- Learning Commons

Semua kumpulan menjalankan kerja serentak mengikut tugasan yang diberikan.

Untuk makluman, pada pagi tersebut lebih kurang jam 10.00 pagi, Pemangku KP iaitu En. Hidayat diringi oleh En. Ariffin datang melawat PTAR 3.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri masalah yang berlaku di PTAR 3 dan melawat persekitaran aras PTAR 3. Pelbagai cadangan dan penambahbaikan akan dilakukan di masa akan datang. Insya-Allah.


Pada jam 2 petang pula, Pn. Roslina datang melawat ke PTAR3 setelah dimaklumkan oleh Ketua PTAR 3, iaitu Pn. Adlina mengenai projek Learning Commons yang akan dijalankan serentak. Lawatan di aras tersebut dibawa oleh Pn. Adlina untuk tujuan tinjauan.

Alhamdulillah selesai sudah projek Gotong-Royong bil.01/2011 yang diadakan dan sesi tangkapan gambar bersama Pn. Roslina dibuat di ruang baru Kaunter PTAR 3.


Terima Kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua staf PTAR 3 yang berhempas pulas membuat tugasan yang diberikan. Hanya Allah Ta'ala yang akan membalasnya.

Dan berjumpa lagi pada 15 Jun 2011 untuk sesi kedua Gotong-Royong :)

Terima Kasih Daun Keladi...

Comments

Popular Posts