Kursus anjuran Jabatan Pengurusan Pelanggan


Pada 14 & 15hb. November 2011 (Isnin & Selasa) telah diadakan Kursus "Pemerkasaan Promosi & Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan Dalam Memberi Impak Kepada Kepuasan Pelanggan" anjuran Jabatan Pengurusan Pelanggan bertempat di Auditorium PTAR 2, UiTM Shah Alam.

Matlamat kursus ini adalah untuk memperkasakan kemahiran pengurusan promosi serta pemasaran dalam kalangan staf perpustakaan agar ekspektasi pelanggan difahami dan dipenuhi.

Para peserta adalah sebanyak 60 orang meliputi cawangan Shah Alam dan juga di semua cawangan negeri yang lain di mana fokus utama adalah lebih kepada staf profesional dan separa professional.

Penceramah Undangan iaitu :
1. Dr. Nor Edzan Che Nasir - Ketua Pustakawan Universiti Malaya
2. PM Dr. Maznah Che Ghazali - Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM
3. Pn. Siti Salbiah Raduan - Head of Knowledge Management Centre - International Centre for Education  in Islamic Finance (INCEIF)

Alhamdulillah, kursus berjalan dengan lancar dan diharap agar para peserta dapat meningkatkan promosi dan pemasaran di bahagian masing-masing ke arah mewujudkan perkhidmatan perpustakaan yang lebih cemerlang.

Comments