Program Tadarus Al-Quran


Menjelang Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011, PTAR 3 & beberapa staf PTAR 4 telah bersepakat untuk mengikuti program Tadarus Al-Quran bermula pada 1hb. Ogos 2011 hingga 23hb. Ogos 2011. 

Program ini diadakan pada jam 12.30 tengah hari  bertempat di Bilik Mesyuarat (bagi staf lelaki) manakala di Bilik Pantry (bagi staf wanita).

Pihak CITU memaklumkan bahawa PTAR akan membaca 30 Juzuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk PTAR 3 & 4 bermula pada Juzuk 1 hingga 11 manakala PTAR 1 akan membaca Juzuk 12 hingga 25 (bagi staf wanita) dan Juzuk 26 hingga 30 (bagi staf lelaki).  

Alhamdulillah.. Sudah masuk hari ke-4 program ini dijalankan dan kehadiran qari & qariah amatlah menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. 

Semoga Allah Ta'ala akan memberi rahmat kepada hamba-hambanya yang sentiasa berusaha mendekatkan diri pada-Nya. Amin.~

Sabda Rasullullah s.a.w.

"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Quran, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat."
- Riwayat Abu Daud

Comments