persiapan Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011

Pada 8hb. Ogos, 2011 (Isnin) jam 3.00 petang telah diadakan perbincangan kecil di antara Bendahari dan AJK Biro Hadiah untuk membuat perancangan pembelian hadiah sebelum sesi pembelian dijalankan. Antara perkara yang ditekankan adalah pembahagian hadiah mengikut senarai aktiviti yang dicadangkan dan juga kuantiti bagi setiap aktiviti. Harga bagi setiap unit barang dikira dan dibincangkan bersama.

Hari Pertama

Pada awal pagi kira-kira jam 9.30 pagi, sesi pembelian hadiah dijalankan bermula dengan lokasi pertama kami iaitu di MYDIN Subang. Maklumat cadangan hadiah dirujuk dan alhamdulillah kebanyakkan barang dapat dibeli antaranya seperti pelbagai set alat tulis dan teddy bear.

Semasa sesi pembelian brg di kaunter MYDIN sambil2 meng-Xpose kan diri.. 

Selesai pembelian barangan di MYDIN Subang, lokasi seterusnya di kedai kegemaran Ketua Biro Hadiah, iaitu MY ONE SHOP yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam. Pelbagai hadiah cenderahati dicadang dan dibeli seperti frame, mug, magnet dan lain-lain. Semasa pembayaran dilakukan, tidak sangka pula setiap barangan yang melebihi 10 set akan diberi percuma barangan yang sama. Rezeki betul. Alhamdulillah. Lokasi terakhir ialah di CT Handicraft berdekatan tempat tersebut untuk pembelian peralatan hadiah seperti riben dan wrapping paper.

Hari Kedua

Lebih kurang jam 10.00 pagi, lokasi yang dituju adalah di kedai sekitar Klang untuk pembelian gula-gula dan makanan untuk barangan hamper. Selepas itu, pembelian di MYDIN MART Seksyen 7 & 18 untuk pembelian minuman dan makanan hamper dan lokasi terakhir di CT Handicraft untuk pembelian wrapping paper hamper lain-lain peralatan hadiah. 

Alhamdulillah perancangan yang dibuat berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dan sesi persiapan pembungkusan barangan dilakukan sejurus selesai pembelian.

Sesi penyiapan pembungkusan hadiah dilakukan di Bilik Mesyuarat PTAR 3

Berikut adalah antara hadiah yang bakal diberikan kepada para pengunjung semasa program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 pada 27 & 28 September 2011 nanti. 




rasa-rasa ni laa hadiah yang mungkin akan mendapat sambutan.. haha!


  

Gambar yang last sekali ni bukan hadiah orang yer tapi kipas tu jer.. Kalau nak berkenalan boleh lah mencari nama dia di facebook - Diraf Dias ^_^ 

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment