Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 (bil.03/2011)
Pada 18hb. Ogos, 2011 (Khamis) telah diadakan Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & 4 buat kali ketiga bertempat di lokasi biasa Pusat IT, PTAR 3 pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Kali ini mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Masnida Hanim Che Mahmood, Pustakawan PTAR 4 dan kali ini progress setiap Biro dibentangkan dan dibincangkan bersama.
Secara keseluruhan, persiapan bagi Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 telah siap 60% dan Insya-Allah persiapan pada bulan hadapan tidak terlalu padat kerana kebanyakannya hampir siap. Persiapan hadiah telah siap dibeli dan dibungkus rapi cuma ada sesetengah barangan yang perlu diperbincangkan lagi. Persiapan untuk tujuan promosi juga hampir siap sepenuhnya.
Aktiviti Hari Mesra juga telah dibincangkan dan hanya borang sahaja yang masih dalam proses persiapan dan cetakan. Dari segi peralatan juga telah siap ditempah dan beberapa peralatan akan ditambah bagi mengelakkan kekurangan peralatan semasa program berlangsung.

Mudah-mudahan Program Hari Mesra kami dapat berjalan dengan jayanya dan semoga kerjasama di antara Jawatankuasa diteruskan agar dapat mempromosikan perkhidmatan perpustakaan.
Comments
Post a Comment