Tazkirah pagi PTAR 3
Salam sejahtera kepada semua. Bermula pada minggu ini, warga kerja PTAR 3 telah memulakan program Tazkirah pagi pada setiap hari iaitu pada pukul 8.00 pagi - 8.30 pagi. masa tazkirah tidak lah terlalu lama cuma mengambil masa dalam 5 hingga 10 minit sahaja.
Pembaca Tazkirah pula terdiri daripada staf-staf PTAR3 yang bergilir-gilir setiap hari menyampaikan tazkirah melalui teks daripada buku atau cetakan daripada internet. Selepas selesai tazkirah, kami akan memulakan tugas dengan bacaan doa memulakan tugas yang di baca oleh penyampai tazkirah.

Tujuan tazkirah pagi diadakan setiap hari adalah untuk memberi peringatan, nasihat dan ilmu yang berguna kepada semua yang mendengarnya. Perkara paling penting tazkirah diadakan adalah bacaan doa sebelum memulakan tugas bagi mendapat keberkatan dalam sesuatu pekerjaan.
Di sini kami ingin berkongsi doa yang kami baca setiap hari, moga-moga doa ini dapat di amalkan bersama.
Di sini kami ingin berkongsi doa yang kami baca setiap hari, moga-moga doa ini dapat di amalkan bersama.
Ya Allah aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.
Diharap dengan inisiatif ini, kami akan mendapat manfaat daripada ilmu yang kami pelajari nanti. Mudahan-mudahan.
Diharap dengan inisiatif ini, kami akan mendapat manfaat daripada ilmu yang kami pelajari nanti. Mudahan-mudahan.
Comments
Post a Comment