Pengemaskinian Laman Web Utama Perpustakaan Uitm November 2022


 Susulan Mesyuarat Pemantapan Laman Web Universiti pada 1-2 September 2022, semua pengendali laman web UiTM diminta mengemaskini laman web jabatan masing-masing mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh Unit Web Media, Jabatan Komunikasi UiTM. Wakil Perpustakaan telah menghadiri Bengkel Hands-On Penambahbaikan Laman Web PTJ tersebut yang telah diadakan pada 19 Oktober 2022.


Pemantauan laman web PTJ akan dilakukan pada penghujung November 2022 oleh Unit Web Media, Jabatan Komunikasi UiTM. Justeru itu, pemantauan tersebut akan bermula pada minggu hadapan (28 Nov 2022 - 26 Dis 2022). Oleh itu, Unit Pengurusan Portal Perpustakaan telah mengemaskini Laman Web Perpustakaan dengan maklumat dan kemudahan baharu bermula 21 November 2022.

Selain penambahan maklumat We Go Global (GRU) dan We Are Sustainable (SDG), seperti yang diminta Laman Web Perpustakaan juga berusaha menyediakan akses untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perkara ini sejajar dengan objektif W3C Aksesibiliti Laman Web (WAI) di mana laman web dapat dilayari oleh golongan orang kurang upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Comments

Popular Posts