PEMAKLUMAN PENGANJURAN EKSPO SELANGKAH KE UiTM BAGI TAHUN 2022


 Mari beramai-ramai memeriahkan Ekspo Selangkah ke UiTM 2022 yang diadakan selama empat (4) hari pada 16 hingga 19 Jun 2022 secara hibrid iaitu:  


Tempat

Tarikh  :  16 Jun 2022 (Khamis) dan 17 Jun 2022                           (Jumaat)

Masa    :  8:30 pagi hingga 5:00 petang

Maya/ Dalam talian (YouTube UiTM Channel)

Tarikh  :  18 Jun 2022 (Sabtu) dan 19 Jun 2022 (Ahad)

Masa    :  8:30 pagi hingga 5:00 petang

i-City Convention Centre (iCCC), Shah Alam

 

Ekspo ini khusus kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan setaraf. Bakal mahasiswa program separuh masa dan pascasiswazah juga dijemput hadir.

Lebih daripada 30 reruai pameran yang mengambil bahagian terdiri daripada fakulti-fakulti, pusat akademik dan pusat tanggungjawab. Taklimat fakulti-fakulti juga akan diadakan untuk para pengunjung mengetahui dengan lebih lanjut maklumat berkaitan fakulti dan program-program yang ditawarkan di UiTM.

Bakal mahasiswa boleh mendapatkan maklumat terkini tentang kemasukan ke UiTM melalui khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan Pelajar, Bahagian Hal-Ehwal Akademik dan Pusat Kerjaya & Kaunseling.

Comments

Popular Posts