Elakkan Kluster di Tempat Kerja


Penularan wabak COVID-19 berlaku sekiranya anda terdedah kepada mereka yang telah dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, ramai individu yang telah dikesan positif COVID-19 tanpa sebarang gejala. Oleh itu, adalah amat sukar untuk kita 

mengetahui dan memastikan bahawa individu di sekeliling kita bebas dari jangkitan virus COVID-19 ataupun tidak.

Rakan sepejabat juga mungkin antara individu yang telah dijangkiti!

Sewaktu di tempat kerja, elakkan untuk keluar secara berkumpulan jika tiada  urusan penting.

Ingat! Jika anda masih ingin keluar bersantai bersama rakan-rakan, anda mungkin dijangkiti dan membawa pulang virus COVID-19 kepada keluarga anda.

Jangan jadi penyebab penularan virus COVID-19 dan jangan jadi penyebab kematian ahli keluarga akibat virus COVID-19!

Pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya!

#kitajagakita

#kitauitm  


Kredit: Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam

update : farid

Comments

Popular Posts