JEMPUTAN KE SESI PENERANGAN PENGGUNAAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers)

Perpustakaan Kejuruteraan akan mengadakan sesi penerangan penggunaan pangkalan data IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers) pada ketetapan berikut:
Tarikh: 13 September 2018 (Khamis)
Tempat: Makmal komputer Perpustakaan Kejuruteraan (PKEJ, Aras 4) Menara 2, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Masa: 11.00am - 12.30pm
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan terhadap kandungan dan maklumat baharu sesuatu Sumber Maklumat Elektronik, disamping memberi ruang pengguna untuk berkomunikasi secara terus dengan pembekal berkaitan kaedah penggunaan bahan atas talian secara optimum.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati mengundang Tuan/Puan untuk menghadirinya. Sekiranya pensyarah tidak dapat hadir boleh juga menghantar wakil pelajar seperti ketua kelas.
Mohon tuan/puan untuk memaklumkan kehadiran terlebih dahulu kerana ruang yang terhad.
Sebarang pertanyaan berkaitan Pangkalan data PTAR bolehlah dimajukan kepada Puan Norhamimi Othman, Pustakawan Kanan di talian 03-55211702 atau saya sendiri di talian 03-55448097/3813.
Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan di atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Image may contain: text

Comments

Popular Posts