PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN SISTEM-SISTEM UNIVERSITI

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Fasiliti akan melakukan kerja-kerja pembersihan kabel elektrik di Bilik Server lama, Pejabat Teknologi Maklumat, Aras 6, Menara SAAS, Sepanjang kerja-kerja ini dijalankan, punca kuasa elektrik ke kawasan terlibat akan dimatikan. Untuk menjamin keselamatan perkakasan, perisian dan data, pihak Pejabat Teknologi Maklumat perlu penutup semua peralatan rangkaian dan server yang berada di aras yang sama.
Waktu penutupan adalah seperti berikut :

Mula : 23 Disember 2015 jam 5.30 petang
Akhir : 26 Disember 2015 jam 8.00 pagi

Perkhidmatan yang terjejas sepanjang penutupan :

1. Perkhidmatan rangkaian seluruh UiTM
2. Semua sistem-sistem universiti, antaranya :
Sistem Maklumat Staf dan Staff Portal (STARS)
SIMS - Sistem Pengambilan Pelajar
SIMS - Sistem Akademik
SIMS - Sistem Hal Ehwal Pelajar
Sistem Student Portal
Sistem Integrasi
Sistem Pengurusan Kampus INTEC (CMS)
Sistem Maklumat Fasiliti (FMS)
Sistem Maklumat Penerbitan (PRISMa)
Sistem Pengurusan Akademik (AIMS)
Sistem Kewangan (FAIS) dan Portal Kewangan
Sistem Tempahan
Sistem Perpustakaan

Pihak Pejabat Teknologi Maklumat akan memaklumkan sebaik sahaja aktiviti ini selesai dilaksanakan
Sekian, harap maklum.

Comments

Popular Posts