Lawatan Akreditasi Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Pada 14hb. Februari 2012 (Selasa), PTAR 3 telah menerima kunjungan Panel Akreditasi berserta pihak Fakulti seramai 8 orang pada jam 3.00 petang.

Kunjungan mereka telah disambut oleh warga staf PTAR 3 yang terdiri daripada Puan Adlina Abdullah, Cik Nor Hafizah Md Hanafiah, Cik Norshidah Mohd Idris, Puan Nurhayati Hassan, Encik Ahmad Nazri Jaafar dan Encik Katmidi Mejo.

Fokus lawatan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat dan penerangan berhubung peruntukan bajet, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan kepada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Comments

Popular Posts