Perbincangan bersama Pembekal IET Inspect Direct

Pada 14hb. Oktober 2011, pihak pembekal IET Inspect Direct berkunjung ke UiTM untuk sesi perbincangan bersama Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam iaitu Datin Assc. Prof. Dr. Wahidah Mansor

Tujuan diadakan sesi perbincangan adalah bagi membincangkan mengenai isu penggunaan Pangkalan Data IET Inspect Direct yang sangat rendah dan pihak perpustakaan perlu melihat perkara ini sebelum urusan pembaharuan langganan dilakukan ke atas pangkalan data ini. 





Justeru, sesi ini diadakan dan dibincangkan bersama 3 wakil iaitu dari Pembekal IET Inspect Direct, PTAR 3 dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Keputusan telah diambil bahawa pembaharuan langganan akan dilakukan dan promosi terhadap pangkalan data ini akan dilakukan dengan lebih berkesan bagi meningkatkan penggunaan IET Inspect Direct di UiTM Shah Alam. Selain itu, kampus kejuruteraan akan diperluaskan langganan dan ini dapat membantu pengguna lain mengakses bahan maklumat di samping meningkatkan penggunaan IET.

Comments

Popular Posts