Kelas Kemahiran Maklumat@PTAR3

Bermula pada 15hb. September 2011, Kelas Kemahiran Maklumat telah dijalankan mengikut permintaan pelajar dan pensyarah.

Pada semester ini, tahap kesedaran pencarian maklumat semakin meningkat dan didapati permintaan terhadap Kelas Kemahiran Maklumat juga meningkat.

Pada bulan September sahaja, 7 sesi telah dilakukan dengan jumlah sebanyak 121 orang. Rata-rata pelajar Fakulti Kejuruteraan adalah daripada Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Kimia. 

Promosi terhadap Kelas Kemahiran Maklumat sentiasa dilakukan dan kali ini staf Pembantu Perpustakaan juga memberi taklimat semasa kelas dijalankan. Lokasi kelas dilakukan di Pusat IT Fakulti, Bilik Mesyuarat PTAR 3 dan juga Pusat IT PTAR 3 sendiri. Selesai kelas, sesi lawatan di PTAR 3 turut dilakukan kepada pelajar semester baru. 

Setiap fakulti diwakili oleh staf tertentu dan diketuai oleh pegawai untuk membantu para pengguna dalam pencarian maklumat. 

"Library Representative" telah diwujudkan di perpustakaan fakulti dan dapat dilihat semua pihak turut membantu dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.




Comments

Popular Posts