Tazkirah Ramadhan


السلام عليكم


Alhamdulillah.. Kini tiba Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua kaum muslimin dan muslimat dalam memperbanyakkan amal ibadah yang akan mendapat pahala berlipat kali ganda. 

Pihak staf PTAR 3 mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga kita semua akan mendapat kerahmatan dan keberkatan oleh Allah s.w.t daripada bulan yang penuh mulia ini. 

Sempena Bulan Ramadhan ini, Pihak PTAR 3 telah memulakan Tazkirah pagi yang telah diadakan setiap hari dengan membaca Fadhilat Ramadhan menggunakan Kitab Fadhilat Amal. 

Insya-Allah dengan majlis ilmu yang diadakan setiap hari walaupun sekejap sahaja iaitu mengambil masa selama 5 ke 10 minit, akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t sebelum memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama memudahkan segala urusan harian kami. Amin.

Comments

Popular Posts