Penghantaran tesis FKJM

Pada 10hb. Ogos 2011 (Rabu), pihak Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah membuat penghantaran tesis projek tahun akhir pelajar atau dikenali sebagai FYP bermula pada tahun 1980-an hingga 2005.


Maklumat senarai dan jumlah bilangan tesis disertakan dan dilihat tesis-tesis lama bermula tahun 1080-an hingga 1999 berjumlah sebanyak 395 manakala jumlah selebihnya adalah pada tahun 2000 hingga 2005.


Jumlah koleksi bahan yang baru akan dihantar ke PTAR 1 untuk proses memasukkan data ke dalam sistem dan katalog bahan manakala koleksi lama akan diletakkan di Aras 6, Annexe PTAR 3 untuk rujukan pelajar.

Diharapkan dengan adanya jumlah koleksi ini akan membantu para pelajar kejuruteraan mendapat sumber tesis dalam projek penyelidikan mereka.

Comments

Popular Posts