Mesyuarat Jawatankuasa Hari Keluarga PTAR / Bil.01 2011


Pada 15 Ogos 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR 1, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hari Keluarga PTAR bagi membincangkan cadangan untuk mengadakan aktiviti bersama staf PTAR setelah sekian lamanya tidak diadakan. Dimaklumkan tahun akhir aktiviti seumpama ini diadakan pada tahun 2007. Wah dah kira 3 tahun la kita tak adakan aktiviti ini.

Dan pada tahun ini, Pemangku Ketua Pustakawan telah mencadangkan agar diadakan semula aktiviti keluarga bagi tujuan mengeratkan hubungan sesama staf. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita berkumpul beramai-ramai nanti. Mesti meriah  =)

Pada mesyuarat semalam telah dipengerusikan oleh En. Ariffin dan dibantu oleh setiausaha, Pn. Rizana Mohd Radwan bagi membentangkan laporan ringkas cadangan Hari Keluarga PTAR yang akan diadakan nanti. Insya-Allah setelah perbincangan bersama Jawatankuasa, tarikh yang ditetapkan adalah pada 3hb. Disember, 2011 iaitu pada hari Sabtu selama 1 hari di Pantai Morib, Banting Selangor. Cayalah tempat best! hehe.

Tema Hari Keluarga PTAR pada tahun ini adalah "1 keluarga menjana transformasi gemilang".. Cadangan ini daripada Ketua PTAR 4 iaitu Pn. Masnida Hanim Mahmood.

Tuan pengerusi memaklumkan setiap tugasan Jawatankuasa dalam membuat persiapan Hari Keluarga yang bakal diadakan nanti.

Selain itu beberapa perkara turut diutarakan seperti pembayaran akan dikenakan kepada semua staf PTAR mengikut kategori seperti status dan jawatan. Selain itu, sumbangan juga dimohon kepada semua pihak agar peruntukan tersebut dapat menyumbang sedikit sebanyak proses pembelian hadiah dan cederahati kepada mereka yang turut serta dalam aktiviti ini.

Cadangan pakaian adalah pakaian sukan dan warna seragam iaitu warna biru PTAR.

Perkara di atas sebenarnya masih dalam proses perbincangan dan akan diperbincangkan semula di Mesyuarat yang kedua nanti. Insya-Allah.

Comments

Popular Posts