Mesyuarat Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 bersama MPP

Pada 16hb. Ogos, 2011 (Selasa) bertempat di Pusat IT, PTAR 3 telah diadakan Mesyuarat Ketua Biro bagi Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap Fakulti.


Program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 kali ini bertemakan 'Gemilang Siswa' dan penyertaan MPP buat julung kalinya adalah sesuai dan bertepatan dengan tema pada tahun ini. Motif utama diadakan penyertaan MPP adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staf dan pelajar di samping mempromosikan perpustakaan kepada pelajar yang mungkin sedikit sebanyak dapat mendalami perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan.

Perjumpaan pertama ini dipengerusikan oleh Pn. Masnida Hanim Che Mahmood, Pustakawan PTAR 4 bagi menggantikan Pn. Adlina Abdullah yang sedang bercuti sakit. Sebelum memulakan perbincangan, sesi perkenalan diri dimulakan dengan MPP dan juga Ketua-ketua biro dan AJK kecil. Skop Tugas Jawatankuasa dibentangkan oleh Pengerusi dan tugas MPP dalam membantu Biro-biro tertentu seperti Biro Publisiti & Promosi, Biro Aktiviti, Biro Peralatan & Persiapan, Biro Teknikal & ICT dan Biro Jamuan & Tajaan. Setiap Ketua Biro membentangkan tugasan yang telah dilakukan dan akan dilakukan semasa program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 nanti.

Alhamdulillah, mesyuarat pertama ini berjalan dengan lancar dan jayanya dan sesi kedua akan diadakan pada Bulan September 2011 bertujuan melihat perkembangan tugasan masing-masing sebelum bermulanya program Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4 2011 nanti.

Comments

Popular Posts