Mesyuarat bersama Bahagian Fasiliti UiTM

Pada 24hb. Ogos, 2011 (Rabu) jam 4.00 petang telah diadakan satu mesyuarat ringkas bertempat di Bahagian Fasiliti yang diwakili oleh setiap fakulti dan bahagian tertentu dari Menara S&T.

Pn. Adlina ada mendapat satu panggilan supaya menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan permasalahan air-cond yang kian meruncing dan telah menjadi satu isu hangat sejak kebelakangan ini. Manakan tidak, semua kakitangan Menara S&T hampir lebih 3 kali berpanasan sehingga timbul isu yang mana pada minggu ini dikatakan tiada air-cond dipasang. 

Disebabkan isu ini, mesyuarat tergempar ini telah diadakan oleh Bahagian Fasiliti bersama semua wakil fakulti dan bahagian untuk sama-sama membincangkan permasalahan ini dan mencari satu inisiatif yang sesuai berhubung perkara ini.


Satu laporan kerosakan sistem paip glycol kompleks kejuruteraan diedarkan kepada semua wakil dan sesi perbincangan dimulakan.

Didapati sebenarnya masalah ini berpunca daripada kerosakan sistem paip melibatkan paip glycol yang bocor dan tersumbat. Kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dilakukan dan penambahan glycol dilakukan bagi menambah kesejukan air-cond. Penukaran valve juga akan dilakukan dan akan memakan sedikit masa. Penggantian hampir 90% ke GI paip juga akan dibuat untuk tindakan protection. 

Insya-Allah perkara ini akan dapat diselesaikan dan boleh beroperasi seperti biasa bermula minggu pertama Bulan September 2011. 

Cadangan dari wakil Kejuruteraan Elektrik ialah supaya membuat permohonan untuk pembelian mobile support aka mobile air-cond jika berlakunya contigency di masa akan datang. Permohonan kebenaran membeli akan dilakukan oleh pihak fasiliti kepada bahagian Bendahari UiTM. 

Pada 25hb. Ogos, 2011, pihak pengurusan fasiliti akan datang ke tempat ciritical areas iaitu di 4 fakulti kejuruteraan, medical, dentistry dan PTAR.

Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar. aminnn..~

* Risau dengan buku-buku di rak sebab suhu kelembapan yang diperlukan oleh buku adalah tinggi. Buku akan mudah rosak dan berkulat jika suhu kelembapan tidak mencapai tahap yang diingini. Pihak kami akan cuba meletakkan kipas untuk meng 'angin' kan kawasan tersebut buat sementara waktu. 

Comments

Popular Posts