Hari terakhir Pelajar SKP

Semalam 23hb. Ogos, 2011 (Selasa), 2 orang pelajar iaitu Nor Afiq Kamarudin & Nor Aizam Bahauddin telah pun menamatkan tempoh bertugas di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP) selama 2 bulan lebih (14hb. June, 2011 - 23hb. Ogos, 2011) di PTAR 3.

Alhamdulillah, selama tempoh tersebut, 2 orang pelajar ini sentiasa bekerjasama dengan kami dalam usaha membantu dalam pencarian bahan dan maklumat melalui pelbagai sumber. Selain itu, mereka juga terlibat bersama kami seperti Tazkirah Pagi dan Tadarus Al-Quran. Tahniah la kepada 2 orang pelajar ini.

Kami semua berharap agar selepas ini dapatlah membantu kami lagi di masa akan datang lebih-lebih dari segi penglibatan. Apa yang penting penglibatan dengan perpustakaan dapat terus dikekalkan dan dimanfaatkan bersama.

Semoga adik Afiq & adik Aizam akan terus berjaya di dunia dan akhirat. Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan kamu berdua. Lepas ni rajin-rajinlah datang ke PTAR 3 yer..


"on the way" nak ke sesi fotografi raya PTAR 3 
~ hurm, same2 pakai baju melayu kaler hitam.. memang kawan baik nih ^_^ ~ 

Comments

Popular Posts