aku dan lawn bawls....@SUKUM 2011

Bulan Julai adalah Bulan Out Door bg saya sbb saya 'dianugerahkan' CTR selama hampir 2 minggu bermula 4Julai~18Julai 2011 krn saya melibatkan diri dengan sengaja (heheh) dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti kali ke-36 di Melaka Bandaraya Bersejarah.Ia juga dikenali sbg SUKUM .
Untuk kejohanan kali ini UTEM telah dipilih sebagai tuan rumah SUKUM-36 (2011).

MENGAPA CTR SAMPAI 2 MINGGU???
Sebenarnya sukan tu berlangsung selama seminggu.Manakala seminggu yg terawal itu adalah utk latihan pusat di Paroi,N9.Maka kami berlatih bersungguh2 setiap petang hinggalah menjelangnya hari kejohanan. Perasaan masing2 tersangatlah teruja nak beraksi..hehheh...ce tengok tur......
Di sana,kami ditempatkan di Kolej Kampus Bandaraya Tun Mutakhir milik UiTM Melaka.

Lebih 3,000 atlet dan pengurus pasukan daripada 21 kontinjen Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 36 diraikan oleh tuan rumah kejohanan SUKUM Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) .
Kejohanan SUKUM yang telah berlangsung bermula 8 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 17 Julai ini  menyaksikan pelbagai aksi hebat atlet yang merupakan kakitangan dari universiti-universiti awam Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada Kontingen UiTM yang telah menyertai Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-36 di UTeM, Melaka baru-baru ini.Memandangkan UiTM tidak menghantar pasukan FUTSAL wanita pada tahun ini,saya cuba menceburi dalam acara lain pula iaitu mewakili UiTM dalam acara BOLING PADANG wanita.Acara boling wanita ni adalah kali pertama penyertaan kami.So..untuk menang 100% tu agak sukar sebab kami mmg xde pengalaman.Berbekalkan kesungguhan dan keyakinan Alhamdulillah ...walaupun kami x dpt masuk final (kekalahan 1 mata dgn UKM) namun ada jugaklah pencapaian iaitu GANGSA kategori wanita single:-) .

Dan GANGSA juga bagi kategori lelaki berkumpulan:-)

Tahun depan cuba lagi memantapkan corak permainan.Boling padang ni x sama dgn tenpin..mmg nampak mcm senang tp cuba lah pegang sebiji dan baling kat padang...hehehe baru annda dapat bezakan kesukarannya.Balingannya mesti kene fokus..baru capai target.yeaahhhh!!!!


Alhamdulillah dr penyertaan ini juga sy dpt kenal ramai kawan baru.Bukan saja staf UiTM,malah dapat kawan baru dr universiti lain juga.ehem2... ;~)
 

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Selain bersukan kami juga berpeluang melawat tempat2 menarik yg terdapat dis ekitar bandaraya Melaka.Antaranya... 












dusun  durian:-)





   


kg morten
    MELAKA



                                            pantaaaiii ;-)
 Tahun depan khabarnya UUM di pilih sebagai tuan rumah pula.Kita jumpa di sana!!!

SEKIAN....;-)

*Kalau nak tahu sape saya, yang duduk paling depan tu ler.. haha!*

Comments

Popular Posts