Lawatan ke Petronas Petroleum Resource Centre (PRC)

Pada hari ini, majoriti staf PTAR 3 diberi peluang untuk melawat Pusat Sumber Petroleum Petronas bertempat di KLCC Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Sebelum tiba di sana, kami berkumpul bersama semua staf Bahagian Pengurusan Pelanggan untuk sama-sama menaiki bas menuju ke KLCC.

Jam 8.30 pagi, bas tiba dan bermulalah perjalanan kami ke sana dan hampir memakan masa selama sejam perjalanan dari Shah Alam ke KLCC. Tiba di sana pada jam 9.30 pagi, kami beristirehat dan makan pagi sebelum bergerak menuju ke PRC.

Tepat jam 10.00 pagi, pihak kami telah bergerak ke PRC dan telah disambut oleh staf PRC di tingkat bawah. Sedikit taklimat ringkas diberi oleh pegawai PRC sebelum sesi lawatan bermula. Seperti biasa, pas pelawat diberi kepada setiap seorang untuk menuju ke tingkat atas dan kawalan keselamatan dijalankan.

Selesai sudah, kami dibawa oleh pegawai PRC ke bahagian 'skybridge' untuk sesi lawatan pertama dan kami diberi peluang menikmati keindahan dari atas dan pemandangan indah dan bangunan dapat dilihat dengan jelas. Susun atur serta rekaannya sangat unik dan cantik.

Setelah sesi lawatan 'skybridge', kami dibawa masuk ke dalam PRC untuk tujuan lawatan seterusnya. Tapi sebelum itu, jamuan ringan diberikan. Selesai makan, sesi taklimat di sebuah bilik diadakan dan maklumat mengenai PRC dijelaskan secara terperinci oleh pegawai PRC.

Selesai taklimat, sesi yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu ke Pusat Sumber yang telah diubahsuai seratus peratus 'lifestyle' untuk Generasi Y. Sememangya kami di sana sangat terpegun dan terpukau dengan pengubahsuaian yang dibuat dan konsep 'lifestyle' atau lebih sinonim dengan pihak PTAR iaitu konsep 'Learning Commons' yang semakin menjadi perhatian semua perpustakaan di seluruh dunia.

Di setiap sudut, terdapat pelbagai gelaran diletakkan seperti i-Media, M.I.N.D.A area, i-Zoom dan sebagainya yang sememanya sangat unik dan menarik. Pengubahsuaian ini banyak dilihat dan diambil dari perpustakaan luar negara sebagai penambahbaikan. Hasil pengubahsuaian yang dilakukan, didapati statistik penggunaan sumber dan kemudahan di PRC semakin meningkat berbanding sebelumnya. Betul kata mereka bahawa generasi Y tidak seperti generasi dahulu yang lebih ke arah tradisional.

Kesimpulannya, disini dapat dilihat dengan adanya lawatan penanda arasan seperti ini, dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk mewujudkan pengubahsuaian di perpustakaan UiTM di masa akan datang. Insya-Allah perpustakaan PTAR sekarang ke arah perpustakaan berkonsepkan 'Learning Commons' yang mana konsep santai di dalam perpustakaan diwujudkan bagi menarik pelanggan untuk datang ke PTAR.

OK jom kita layan gambar di bawah.....


::antara staf PTAR 3 yang turut serta dalam lawatan ini::


:: Petronas Petroleum Resource Centre ::


:: Rak yang telah diubahsuai berkonsepkan ala-ala MPH @ Kinokuniya::


::Informasi PRC diubahsuai sejajar dengan trend terkini::


::Sesi bergambar beramai-ramai sebelum bertolak balik::

Comments

Popular Posts